Tuesday, 16 April 2019

Wacana

(b) SOALAN STRUKTUR

1 (a) Berikan definisi wacana. 

Unit bahasa yang melebihi batas ayat. 

   (b) Hasilkan sebuah wacana yang utuh dengan menggunakan penanda wacana: oleh itu, di samping itu , dan akhir sekali dalam satu perenggan. Penggunaan penanda wacana tersebut tidak perlu mengikut urutan.

Oleh itu, kita seharusnya berusaha bagi menjayakan program ini. Di samping itu, kita haruslah bekerjasama dalam menjayakan program ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi untuk menjayakan program ini.

2 Jelaskan maksud kohesi dan berikan contohnya.

Hubungan atau jalinan yang erat antara kata, frasa, dan ayat untuk menghasilkan wacana yang utuh. Contohnya, Kamal dan Shahira berasa gembira. Mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA. 

3 Kenal pasti penanda wacana dan jenisnya dalam petikan di bawah ini, kemudian jelaskan fungsinya.

Sebagai usahawan, Encik Taib berazam untuk berjaya dalam perniagaan. Beliau berazam mahu menjadi usahawan yang berwibawa dan berdedikasi agar dapat 

Penanda wacana yang digunakan ialah beliau. Ia adalah penanda rujukan. Ia berfungsi untuk menghubungkan antara kata dan benda yang dirujuk.

Monday, 29 October 2018

Ibu bapa menjadi pembentuk akhlak dan penentu kecemerlangan anak-anak

Ibu bapa menjadi pembentuk akhlak dan penentu kecemerlangan anak-anak
Ibu bapa memainkan peranan yang besr dalam membentuk akhlak dan menentukan masa depan anak-anak dalam bidang. Ibu bapa telah memberikan semangat dan pimpinan sejak hari pertama kita menjejakkan kaki ke dunia ini. Mereka banyak berjasa terhadap kehidupan kita dengan menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Mereka bersusah payah mencari rezeki setiap hari supaya mampu menampung kehidupan anak-anak. Pendidikan oleh kedua-dua ibu bapa dapat membantu anak-anak yang diibaratkan sebagai kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya, sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa hadapannya. Ibu bapa menggalas tanggungjawab yang besar untuk membentuk akhlak dan menentukan kecemerlangan anak-anak di kemudian hari.
Peranan ibu bapa dalam membentuk akhlak anak-anak adalah dengan memberi didikan agama secukupnya. Antara cara yang ibu bapa boleh gunakan bagi memberikan pendidikan agama secukupnya kepada anak-anak adalah dengan mengajar Al-quran kepada anak-anak. Al-quran seharusnya menjadi panduan hidup anak-anak agar terlahirnya insan yang berakhlak. Selain itu, ibu bapa juga boleh menceritakan kisah-kisah nabi agar anak-anak dapat mengambil pengajaran daripada ujian yang dihadapi nabi dan para sahabat. Ibu baga juga boleh menghantar anak-anak ke kelas agama bagi meningkatkan pengetahuan agama anak-anak. Ilmu agama yang dipelajari perlulah diamalkan anak-anak. Ibu bapa seharusnya memastikan anak-anak mengamalkan apa yang dipelajari di sekolah. Agama seharusnya dijadikan asas kehidupan agar hidup diberkati tuhan dan dipermudahkan hidup untuk mencapai kejayaan.
Selain itu, ibu bapa juga perlu menyediakan jadual waktu seharian dan memastikan anak-anak mengikut jadual waktu yang disediakan. Jadual waktu itu perlulah dipenuhi dengan waktu membaca buku, membuat latih tubi, menyiapkan kerja sekolah dan aktiviti harian seperti bersukan, membersihkan rumah, berehat dan sebagainya. Ini mengajar anak-anak mengurus masa dengan baik kerana masa itu emas. Pengurusan masa yang berjaya melahirkan anak yang berdisiplin dan ini menjamin kecemerlangan dalam pelbagai aspek termasuk aspek akademik. Pengurusan masa dapat mencipta masa depan yang cerah kepada anak-anak. Wajarlah ibu bapa memastikan masa anak-anak tidak terbazir dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti  melayari internet dan bermain permainan video secara berlebihan. Ini juga mengelakkan anak-anak daripada hilang fokus dalam pembelajaran di sekolah dan mendesak penglibatan aktif anak-anak dalam  kokorikulum.
Seterusnya, ibu bapa perlulah menghantar anak-anak ke kelas tambahan bagi meningkatkan prestasi akademik anak-anak terutamanya dalam subjek yang lemah. Menghantar anak-anak ke kelas tambahan boleh meningkatkan kefahaman terhadap konsep-konsep yang dipelajari di sekolah, seterusnya meningkatkan pencapaian akademik anak-anak. Ibu bapa boleh menghantar anak-anak ke pusat tuisyen untuk menjalani kelas tambahan. Pihak sekolah juga ada menyediakan kelas tambahan terutamanya kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperisaan UPSR. Sekiranya tidak mampu, ibu bapa boleh menjadi guru dalam membimbing anak-anak mencapai kejayaan.  Kelas tambahan perlulah memfokuskan subjek anak-anak yang lemah seperti matematik,sains,sejarah dan sebagainya. Kegagalan ibu bapa dalam menyediakan kelas tambahan kepada anak-anak boleh menyebabkan anak-anak tidak memahami pembelajaran di sekolah.
Di samping itu, ibu bapa perlulah meluangkan masa bersama anak-anak bagi menyediakan suasana yang aman dan bebasdari segala perkara ganas dan aktiviti tidak bermoral. Anak-anak yang rapat dengan ibu bapa lebih jauh dari perkara-perkara tidak bermoral. Ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak. Ibu-bapa boleh beriadah bersama-sama, makan bersama, belajar bersama dan solat berjemaah bersama. Dengan mewujudkan persekitaran yang sihat, anak-anak akan lebih terjaga daripada sebarang pengaruh yang tidak elok dan aktiviti tidak bermoral yang boleh menghancurkan akhlak anak-anak. Hubungan sihat antara keluarga dapat menjamin perkembangan anak-anak secara sihat dan melahirkan anak-anak yang berakhlak tinggi yang dapat menjamin kecemerlangan anak-anak pada kemudian hari.
Akhir sekali, ibu bapa seharusnya memantau pergerakan anak-anak dan mengawal aktiviti anak-anak. Ibu bapa perlu mengambil tahu latar belakang rakan anak-anak seperti ahli keluarga, masalah disiplin, rakan-rakan, masalah yang dihadapi dan lain-lain. Ibu bapa juga perlu menghadkan aktiviti luar anak-anak agar tidak sampai tengah malam. Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak beriadah dan pulang sebelum senja. Ini dapat mengelakkan anak-anak terlibat dengan sebarang gejala sosial dan aktiviti tidak bermoral.
Sebagai menggulung segala yang dibicarakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa perlulah memberikan perhatian yang setimpal dan berprihatin terhadap pelajaran anak-anak. Ibu bapa wajar mengikuti perkembangan akademik anak-anak di sekolah dan bertanggungjawab menghulurkan bantuan pada bila-bila masa sahaja. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan kerja mereka sehingga mengabaikan pelajaran anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang serta sokongan moral agar terus mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Mereka patut menerapkan konsep kepentingan menuntut ilmu yang menjanjikan pekerjaan yang lebih baik dan menyediakan mereka kepada realiti dunia ini. Ibu bapa boleh membantu merancang aktiviti anak-anak dan memberi pendapat dan nasihat untuk mementingkan bidang akademik serta tidak membuang masa melakukan perkara yang tidak berfaedah sehingga menganggu prestasi anak-anak. Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa tidak patut memberi tekanan yang berlebihan terhadap prestasi mereka dan membebankan jadual aktiviti harian dengan kelas tuisyen yang banyak. Hal ini disebabkan anak-anak juga memerlukan rehat dan tidur yang mencukupi untuk memulakan kerja pada kemudian hari. Mereka juga perlu ruang tersendiri untuk melakukan perkara yang disukai untuk melepaskan tekanan pelajaran. Maka, untuk menjamin masa depan anak-anak belasan tahun agar dapat meraih kejayaan dalam pelajaran, ternyatalah bahawa ibu bapa merupakan agen pertama dalam membantu anak-anak ke arah kejayaan.

Sunday, 30 September 2018

LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA 2018

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. 

(i) pulang - Azman pulang ke rumah ibunya.
(ii) pulangan - Azman mahukan pulangan pelaburan mereka juga.
(iii) memulangkan - Azman memulangkan pensel yang dipinjamya.
(iv) mansuh - Kerajaan didesak mansuh tol
(v) pemansuhan - Pemansuhan peraturan itu mngundang bencana kepada negara ini.
(vi) memansuhkan - Kerajaan memansuhkan peraturan itu.

(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

Kumar : Daniel, kau nak ke mana?
Daniel : Tak ke mana-mana. Aku nak ambil angin sekejap.
Kumar : Wah, Daniel hebat kau sekarang! Semua soalan fizik tadi kau boleh jawab.
Daniel : Mana ada? Biasa aje.
Kumar : Apa rahsia kau semakin bijak ni? Kongsilah dengan aku.
Daniel : Tak adalah. Aku cuma buat ulangkaji dan belajar dengan abang aku aje.

Kumar menegur Daniel dan bertaya tentang tempat yang ditujuinya. Daniel berkata dia tidak ke mana-mana, cuma hendak mengambil angin sebentar. Kumar menyatakan kekagumannya dan memuji kehebatan Daniel menjawab semua soalan fizik sebentar tadi. Daniel menafikannya dan mengatakan bahawa perkara tersebut biasa sahaja baginya. Kumar bertanyakan rahsia Daniel yang semakin bijak dan memintanya berkongsi rahsia tersebut. Daniel menyatakan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa rahsia, cuma mengulangkaji pelajaran dan belajar dengan abangnya sahaja.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)  Pasar raya besar itu meletak papan tanda khas bagi memudahkan pelangan mereka membeli produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Kesalahan imbuhan: meletak- meletakkan
Kesalahan ejaan: pelangan- pelanggan

(ii)  Pengalaman luas dalam bidang akaun menjadi batu loncatan kepada wanita tersebut untuk menerajui syarikat konglomerat yang tersuhur itu.

Kesalahan imbuhan: akaun- perakaunan
Kesalahan ejaan: tersuhur- tersohor

(iii)  Kumpulan jurutera tersebut berlepas ke Jerman pada minggu lalu untuk mendalamkan kemahiran menggunakan jentera berteknoloji tinggi dalam industri cari gali minyak.

Kesalahan imbuhan: medalamkan- mendalami
Kesalahan ejaan: berteknoloji- berteknologi

(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)  Kegiatan luar anak-anak perlulah ibu bapa awasi secara meluas agar mereka tidak terpengaruh dalam masalah sosial.

kesalahan penggunaan kata atau istilah: meluas- menyeluruh
kesalahan tatabahasa: ibu bapa awasi- diawasi oleh ibu bapa

(ii)  Ilmu tentang kehidupan merupakan pengalaman yang berguna kepada para remaja untuk merempuh kehidupan di masa akan datang.

kesalahan penggunaan kata atau istilah: merempuh- menempuh
kesalahan tatabahasa: di- pada

(iii)  Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa mengalu-alukan pemberian darah daripada orang ramai supaya membantu menyelamatkan nyawa pesakit.

kesalahan penggunaan kata atau istilah: pemberian-pendermaan
kesalahan tatabahasa: supaya- untuk

(e) Isi tempat kosong di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan  negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai …………….(i)……………… Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana …………..(ii)…………………. Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana …………….(iii)……………….

(i) aur dengan tebing
(ii) kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
(iii) muafakat membawa berkat

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. 

i- Tangan adik berdarah akibat kena cakar dengan kucing.
ii- Kucing peliharaan Puan Siti telah mencakar karpet itu sehingga rosak.
iii- Anjing-anjing liar di kawasan perumahan tersebut bercakaran sesama mereka sehingga 
menimbulkan suasana yang bising.
iv- Antara punca pencemaran bunyi adalah disebabkan bunyi-bunyi kenderaan seperti kereta dan lori.
v - Terdapat satu suara yang berbunyi pelik yang terdapat di belakang rumah Encik Hasni.
vi- Kedua-dua suara mereka hampir sebunyi.

(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

Siti bertanya kepada Faiz, “Mengapakah awak tidak menghadiri latihan zapin semalam?” “Kaki saya sakit kerana saya terjatuh di tangga semalam,” kata Faiz kepada Siti. Lantas Siti bertanya kepada Faiz, “Bagaimana awak boleh jatuh tangga?” “Saya tidak perasan ada satu anak tangga lagi sewaktu menuruni tangga rumah datuk saya,” Faiz menjawab pertanyaan Siti. Lalu Siti berkata lagi kepada Faiz, “Faiz, saya fikir lebih baik awak pergi berurut untuk membetulkan urat saraf awak.” “Baiklah, saya akan pergi berurut di kampung sebelah pada petang nanti,” Faiz berkata kepada Siti.

Siti bertanya kepada Faiz tentang sebab dia tidak menghadiri latihan zapin pada hari semalam. Faiz memberitahu bahawa dia terjatuh di tangga semalam. Seterusnya, Siti bertanya kepada Faiz sebab dia terjatuh di tangga. Faiz menyatakan bahawa dia tidak menyedari bahawa ada satu anak tangga lagi sewaktu dia menuruni tangga di rumah datuknya. Siti menyarankan kepada Faiz supaya dia pergi berurut dengan tukang urut untuk membetulkan urat sarafnya. Faiz bersetuju dan menjelaskan bahawa dia akan pergi berurut di kampung sebelah pada waktu petang nanti.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kemahiran berfikir secara kriatif dapat mentakrifkan sebagai keupayaan minda dan pemikiran seseorang untuk meneroka pelbagai ilmu. 

Kesalahan imbuhan: mentakrifkan - ditakrifkan
Kesalahan ejaan: kriatif - kreatif

(ii) Usia remaja merupakan antara waktu terbaik untuk pembentukan kemahiran berkomunikasi secara interpersonel. 

Kesalahan imbuhan:pembentukan - membentuk
Kesalahan ejaan:interpersonel - interpersona

(iii) Syarikat tersebut telah menghasil sos cili yang amat sedap dimakan bersama dengan udang goring dan keropok lekor.

Kesalahan imbuhan:menghasil - menghasilkan
Kesalahan ejaan:goring - goreng

(d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda juga tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Penyediaan makanan yang mematuhi standard pemakanan sangat penting sekali bagi mengatasi isu pengguna mengalami kekotoran makanan. Peralatan-peralatan memasak seperti periuk, kuali, pisau dan sudip mestilah berada dalam keadaan bersih. Selain itu, bahan masakan juga haruslah berada dalam keadaan segar, berkuantiti dan bukan melepasi tarikh habis ataupun dalam keadaan yang terdedah dengan kekotoran.

Kesalahan Istilah
i   - berkuantiti - berkualiti
ii  - 
habis - luput 
iii - kekotoran - keracunan
Kesalahan Tatabahasa
i   - bukan - tidak

ii  - sangat penting sekali - sangat penting
iii - peralatan-peralatan - peralatan 

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang bersesuaian dalam petikan tersebut. 

Kes salah laku pelajar di sekolah hendaklah disiasat dengan teliti supaya mereka tidak menjatuhkan hukuman kepada pelajar yang tidak bersalah. Walaupun pelajar yang melakukan kesalahan-kesalahan itu bijak mengelakkan diri, namun guru pasti dapat membongkar kegiatan mereka suatu hari nanti. Pelajar yang menimbulkan masalah ini sepatutnya memikirkan baik dan buruknya perbuatan mereka agar tidak menyesal pada hari kemudian.

i- Orang lain makan nangka, orang lain yang terkena getahnya.

ii- Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
iii- Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Tuesday, 25 April 2017

Laporan Kem Kepimpinan Badan Beruniform

Laporan Kem Kepimpinan Badan Beruniform

     Pada minggu lepas, Kolej PERMATApintar telah mengadakan kem kepimpinan badan beruniform di Kem Sri Raudhah. Kem yang dijalankan pada hari jumaat hingga ahad, 21-23 April 2017 yang disertai oleh 364 pelajar dan 4 guru penasihat.

     Objektif kem tersebut adalah untuk mendidik pelajar untuk menjadi seorang pemimpin yang menyeluruh.

     Sebelum bertolak, Dr. Rorlinda, Naib Pengarah Kolej PERMATApintar menasihati pelajar agar berhati hati ketika di sana. Selepas beliau memberi nasihat, barulah kami bertolak ke Kem Sri Raudhah.

     Kami tiba di sana pada pukul 5 petang. Kami seterusnya mengambil wudhu' dan solat asar. Setelah habis kami solat asar, kami mendengar sedikit taklimat daripada abang Boy atau nama sebenarnya Mohd Zaki. Selepas taklimat daripada abang Boy, kami diberi peringatan oleh abg Azmi, Kem Komander. Selepas itu kami bersiap dan solat maghrib. Selepas itu kami dimarahi oleh tuan Hafiz. Kemudian kami makan dan solat isya'. Selepas itu kami berkumpul di dewan ketat. Kami diberi sedikit pengisian. Selepas itu, kami dibahagikan kepada 20 kumpulan. Kami diberi tugasan untuk mencipta logo, nama dan sorakan kumpulan. Kami dimarahi dan disuruh untuk tidur oleh abang Azmi.

      Pada hari kedua, kami bangun dan solat subuh. Selepas kami solat subuh, kami dimarahi oleh abang Azmi. Kemudian kami mendengar kuliah subuh. Selepas itu, kami melakukan senamrobik yang dipimpin oleh abang Boy. Selepas itu, kami pergi ke ruang makan untuk makan. Kemudian kami diberi taklimat oleh tuan hafiz tentang meredah hutan dan kami bergerak untuk meredah hutan dan mandi sungai. Kemudian kami dimarahi oleh abang Azmi. Selepas itu, kami bersiap dan acara pembukaan berlansung. Kemudian, kami mendengar taklimat untuk acara survival cooking. Selepas itu kami solat asar dan dimarahi tuan Hafiz. Kemudian kami mengemas dan menghidangkan makanan kami. Selepas itu kami solat maghrib dan makan. Diteruskan dengan solat isya' dan berkumpul di dewan ketat. Kami bermain permainan dan berjalan malam. Selepas itu kami dirahi dan kami tidur.

      Pada hari ketiga, kami bangun dan solat subuh. Selepas kami solat subuh, kami dimarahi oleh abang Azmi. Kemudian kami mendengar kuliah subuh. Selepas itu, kami melakukan senamrobik yang dipimpin oleh abang Boy. Selepas itu, kami pergi ke ruang makan untuk makan. Kemudian kami sambung aktiviti kumpulan kami. Kami membentangkan hasil kerja kami. Kemudian kami dimarahi oleh Abang Azmi dan beliau merajuk. Kami memujuk beliau. Kemudian kami makan dan solat zuhur. Akhirnya kami pulang semula ke Kolej PERMATApintar pada pukul empat.

Dilaporkan Oleh,                                                                           26 April 2017

   Hafiz
………………………………
(Muhammad Hafiz haziq)
EXCO SUKAN

Kolej PERMATApintar Negara                                                                                        

Monday, 24 April 2017

jurnal

Saya telah bangun pagi dan membuka kedua-dua mata sekaligus.Syukur saya masih hidup.Saya telah dikejutkan oleh teman sebilik saya.Saya bergerak ke surau setelah dikejutkan oleh teman sebilik saya.Saya agak lewattiba di surau,namun saya masih sempat untuk menunaikan solat fardhu Subuh  walaupun tidak dapat bersama-sama menunaikan solat fardhu Subuh berjemaah.Setelah saya menunikan solat fardhu subuh,bacaan al-ma'thurat telah tamat dan saya terus ke dewan makan untuk bersarapan.

      makanan yang disediakan untuk sarapan pada pagi ini adalah bihun dan seperti biasa, bijiran.Bagi minuan pula, disediakan air milo dan horlicks.Saya telah mengambil bihun dan air milo sebagai sarapan saya.Setelah tamat bersarapan,saya bergerak ke bilik untk mandi dan bersiap untuk perhimpunan.

     Setibanya di bilik saya,saya mengambil tuala di kawasan menjemur,berus gigi,ubat gigi,sabun dan keperluan mandi yang lain.Setelah siap mandi,saya menyidai tuala saya,memakai pakain saya untuk sesi pembelajaran.Saya mengambil barang keperluan pembelajaran dan bergerak ke dewan serbaguna untuk sesi perhimpunan yang akan berlaku.Saya berasa hairan kerana semua orang berjalan seperti sesi perhimpunan akan bermula dua jam lagi.Setibanya saya di dewan serbaguna,hanya saya dan Naqib sahja di situ.Rupa-rupanya saya yang silap kerana melihat kepada keadaan dan bukannya jam.

 Saya telah bergerak ke kelas biologi.Kami diminta untuk menyemak jumlah markah bagi kertas peperiksaan yang telah berlalu.Kemudian,saya telah bergerak ke Dewan Makan untuk minum pagi.Kemudian,saya bergerak ke kelas seterusnya iaitu kelas subjek muzik.Setelah tamat kelas,saya bergerak ke kelas PAI.Saya diminta untuk menghafal hadis

   Saya bergerak ke kelas sejarah .Saya telah melakukan perkara yang sama seperti kelas sejarah.
Setlah tamat kelas sejarah,saya telah bergerak ke bilik saya.Saya menyiapkan kerja rumah saya.Pada waktu malam,saya membuat perkara yang sama seperti malam-malam yang sebelumnya

Tuesday, 4 April 2017

jurnal

Saya telah bangun pagi dan membuka kedua-dua mata sekaligus.Syukur saya masih hidup.Saya telah dikejutkan oleh teman sebilik saya.Saya bergerak ke surau setelah dikejutkan oleh teman sebilik saya.Saya agak lewattiba di surau,namun saya masih sempat untuk menunaikan solat fardhu Subuh  walaupun tidak dapat bersama-sama menunaikan solat fardhu Subuh berjemaah.Setelah saya menunikan solat fardhu subuh,bacaan al-ma'thurat telah tamat dan saya terus ke dewan makan untuk bersarapan.

      makanan yang disediakan untuk sarapan pada pagi ini adalah bihun dan seperti biasa, bijiran.Bagi minuan pula, disediakan air milo dan horlicks.Saya telah mengambil bihun dan air milo sebagai sarapan saya.Setelah tamat bersarapan,saya bergerak ke bilik untk mandi dan bersiap untuk perhimpunan.

     Setibanya di bilik saya,saya mengambil tuala di kawasan menjemur,berus gigi,ubat gigi,sabun dan keperluan mandi yang lain.Setelah siap mandi,saya menyidai tuala saya,memakai pakain saya untuk sesi pembelajaran.Saya mengambil barang keperluan pembelajaran dan bergerak ke dewan serbaguna untuk sesi perhimpunan yang akan berlaku.Saya berasa hairan kerana semua orang berjalan seperti sesi perhimpunan akan bermula dua jam lagi.Setibanya saya di dewan serbaguna,hanya saya dan Naqib sahja di situ.Rupa-rupanya saya yang silap kerana melihat kepada keadaan dan bukannya jam.

 Saya telah bergerak ke kelas biologi.Kami diminta untuk menyemak jumlah markah bagi kertas peperiksaan yang telah berlalu.Kemudian,saya telah bergerak ke Dewan Makan untuk minum pagi.Kemudian,saya bergerak ke kelas seterusnya iaitu kelas subjek muzik.Setelah tamat kelas,saya bergerak ke kelas PAI.Saya diminta untuk menghafal hadis

       Saya bergerak ke kelas sejarah.Saya telah melakukan perkara yang sama seperti kelas sejarah.
Setlah tamat kelas sejarah,saya telah bergerak ke bilik saya.Saya menyiapkan kerja rumah saya.
Pada waktu malam,saya membuat perkara yang sama seperti malam-malam yang sebelumnya