A.Membina ayat daripada peribahasa
1.bagai menatang minyak yang penuh
Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa.
B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi
Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya
itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal.
i.bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang)
ii.bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)
iii.anak emas (anak kesayangan)
iv.air muka (diri, peribadi)
C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi
Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar,gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya.
* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.
D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai
1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama ............(i)............... Mereka sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana......(ii)........ Walau bagaimanapun sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ............(iii)...........nya itu supaya dapat memuaskan hati semua pihak.
i. rumah siap pahat berbunyi
ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh
diundur, terlajak kata buruk padahnya.
iii. anak buah
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.
Latihan 1:
1. bagaikan kera mendapat bunga
- Tidak menghargai pemberian orang lain.
- Tidak berguna kita berikan kereta ini kepada dia kerana dia bagaikan kera mendapat bunga dan tidak menghargai pemberian orang lain
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
- Disebabkan seorang buat buruk, nama kumpulan menjadi buruk.
- Perbuatan Ali menyebabkan nama sekolah terjejas kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
3. burung terbang dipipiskan lada
- mengharapkan sesuatu yang tidak pasti
- Janganlah berharap sangat tentang markah peperiksaan saya bagai burung terbang dipipiskan lada, kerana hasilnya tidak pasti lagi.
4. menegakkan benang yang basah
- menegakkan sesuatu yang salah
- Perkara itu memang tidak benar, janganlah awak cuba untuk menegakkan benang yang basah.
5. bagaikan telur dihujung tanduk
- keadaan yang sangat bahaya
- Dia bagaikan telur dihujung tanduk, tidak lama hidup lagi.
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
- orang berilmu yang rendah diri tidak akan hilangkan ilmunya
- Kita perlulah merendahkan diri kerana ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
- mendapat banyak keuntungan secara tiba-tiba
- Dia telah menjadi kaya dalam satu malam kerana berkahwin dengan orang kaya itu bagaikan tikus jatuh di kepuk.
8. matinya semut kerana gula
- mendapat kesusahan disebabkan tamak
- Oleh sebab terlalu pandang tinggi terhadap harta, akhirnya dia masuk ke penjara akibat mencuri, matinya semut kerana gula.
9. air dicincang tidak akan putus
- pergaduhan antara adik-beradik akan berbaik semula
- Walaupun mereka bergaduh, namun air dicincang tidak akan putus, mereka akan berbaik semula selepas beberapa hari.
10. bagaikan embun di hujung rumput
- Kasih sayang yang tidak berkekalan
- Bagaikan embun di hujung rumput, kasih sayang Ali terhadap anak angkatnya tidak berkekalan.
Latihan 2:
1. seperti mendukung biawak hidup
- membuat kerja yang sukar
- Tugasan yang diberi oleh cikgu tersebut seperti mendukung biawak hidup
2. sudah jatuh ditimpa tangga
- nasib malang yang berterusan
- Saya jatuh di atas jalan raya lalu lewat ke sekolah, sudah jatuh ditimpa tangga.
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
- mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri
- Sikap Abu yang menjaga kucing liar itu seperti kera si hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana sendiri pun tidak mempunyai duit yang cukup untuk berbelanja.
4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak
- dalam keadaan serba salah
- Keadaan dia seperti ditelan mati emak, dibuang mati bapak, dia tidak tahu untuk memilih pendapat abang atau adik kerana dua-dua orang kesayangannya.
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
- buat baik kerana satu sebab yang sembunyi
- Ali menolong Abu untuk duitnya kerana kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
- orang yang tamak tidak akan dapat apa-apa
- Dia terlalu tamak bagaikan anjing dengan bayang-bayang, akhirnya tidak dapat apa-apa.
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
- telah memahami keadaannya walaupun hanya tengok luaran sahaja
- Kes ini bukan seperti sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina, kes ini perlu difikir sebelum membuat kesimpulannya.
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
- tekad membuat kerja sampai mendapat hasilnya.
- Dia jenis orang yang genggam bara api biar sampai menjadi arang, akan buat kerja bersungguh-sungguh sampai mendapat hasilnya.
9. bagai mencurah air ke daun keladi
- membuat kerja sia-sia
- Nasihat ibu kepada dia seperti mencurah air ke daun keladi kerana dia tidak pernah mendengarinya.
10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak
- nampak kesalahan orang yangsedikit tetapi tidak nampak kesalahan besar sendiri
- Dia seperti kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak, asyik menyalahkan orang lain sahaja.
Latihan 3:
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
- di mana ada rezeki, di situlah orang berkumpul
- Di pusat beli belah itu ramai orang yang berkumpul, bagaikan lalat mengharung tahi.
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
- pembangunan yang tumbuh dengan pesat
- Pembangunan di negara itu sangat maju, seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
- usaha gigih berterusan
- Sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain, kita boleh mencapai kejayaan dengan gigih berusaha.
4. seperti pelanduk dua serupa
- mempunyai wajah yang serupa
- Adik-beradik kembar tersebut seperti pelanduk dua serupa.
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
- mendidik anak biarlah bermula dari kecil
- Ibu bapa perlulah mendidik anak dari kecil seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya.
6. seperti ular kena palu
- bengkang-bengkok, tidak lurus
- Barisan pelajar tersebut seperti ular kena palu, tidak lurus.
7. mati semut kerana gula
- soalan sama seperti atas
8. bagai mendapat durian runtuh
- mendapat keuntungan yang besar
- Lili bagai mendapat durian runtuh apabila memenangi lotteri tersebut.
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
- dua orang yang rapat bergaul tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza
- Lili dengan Lia sangat rapat tetapi mereka umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain, mereka mempunyai cita-cita yang jauh berbeza.
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
- mendengar sesuatu keuntungan yang tidak pasti, apa yang telah ada ditinggalkan
- Seperti mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan, selepas dengar bahawa ayah hendak membeli kereta baru untuk dia, dia menjual kereta lama tersebut terus.
Latihan 4:
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.
1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.
- Seperti menanam tebu di tepi bibir
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.
- Biduk berlalu kiambang bertaut
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.
- Bagai itik pulang petang
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang guru yang baik hati ,lemah lembut, dan penyanyang.
- Meriam buluh
5. Walaupun keluarga Encik Mohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
- Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak dapat ditutup
6. Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
- Seekor lembu membawa lumpur, semuanya terpalit
7. Walaupun asalnya Saidiyah seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berja
ya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.
- Belakang parang kalau diasah lagilah tajam
8. Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Daerah Perak Tengah.
- Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga
9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap semula dikampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernama Farislullah supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh kekaksihnya itu.
- Bagai ikan balik ke lubuk
No comments:
Post a Comment