Wednesday, 1 March 2017

Latihan Cakap Ajuk Cakap Pindah

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.
“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “Salleh tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. 

Salleh bertanya Ani bahawa rancangan dia. Ani tidak faham rancangan apa yang Salleh tanya. Salleh menjelaskan bahawa dia tanya tentang rancangan mendaki gunung yang Ani pernah kata pada Salleh hari tersebut. Ani memberitahu Salleh bahawa rancangan mendaki gunung tersbut akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. Salleh tersenyum puas apabila mendengar kata-kata Ani kerana dia menyokong rancangan tersebut.
Latihan 2:
“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”
“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu.
“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas anak ituhampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya.

Ani cakap bersendirian kerana takut. Tuk Tahya memberitahu dia supaya jangan tinggal di sini kerana tempat itu bahaya. Ani merengek bahawa sendiri tidak ada sesiapa. Tuk Tahya memujuk Ani dengan bersetuju kata-kata Ani. Ani menjelaskan bahawa dia tidak mahu tinggal di rumah kerana dia takut petir dan datuk tidak ada di rumah. Tuk Yahya pujuk Ani bahawa dia ada Tuk Yahya dan comot, iaitu kucing dia menemani dia.
Latihan 3:
“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.
“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,”beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim
.“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim......[ 6 markah ]

Nizam menegur Salim kerana Salim kelihatan muram. Salim menjelaskan dengan sayu bahawa Cikgu Khairul bertanyakan dia tentang yuran peperiksaan yang Salim masih beum bayar. Nizam bertanya Salim dengan perasaan hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi tidak menggunakan duit tersebut untuk bayar yuran peperiksaan. Salim memberitahu Nizam bahawa duit biasiswa telah digunakan untuk menanggung perbelanjaan rawatan abang Salim yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini. Nizam menggalakkan Salim untuk berjumpa dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan perkara yang sebenarnya dengan Cikgu Khairul. Salim memberitahu Nizam bahawa dia takut akan Cikgu Khairul kerana Cikgu Khairul garang sangat.
 
Latihan 4:
MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia.

Mawi bertanya Felix tentang nama mi tersebut kerana ia sangat sedap. Felix menjawab Mi Pedas. Mawi ingat Felix tengah mempermainkan dia kerana mi tersebut memang pedas dan Mawi ingin mengetahui namanya dan bukan perisanya. Felix memberitahu Mawi bahawa mi tersebut memang dimanakan Mi Pedas kerana Dolah pernah memberitahu Felix bahawa nama mi itu Mi Pedas. Mawi tidak percaya bahawa Felix masuk kedai tersebut hanya untuk makan Mi Pedas. Felix menjelaskan bahawa dia telah berjanji untuk belanja Mawi Mi Pedas ini dulu selepas itu memberikan mi tersebut kepada Mawi.
Latihan 5:
Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati.Andainya susah, sama-samalah kita...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit.

Norhayati bertanya Norasyikin bahawa sebab Norasyikin tidak hadir ke sekolah semalam. Norasyikim meminta maaf kepada Nohayati dan menjelaskan bahawa semalam dia ada hal rumah. Norhayati tanya Norasyikin tentang kesusahan yang dia menghadapi dan rela untuk tanggung bersama-sama dengan Norasyikin kerana mereka sudah lama berkawan. Sebenarnya hal yang Norsyikin menghadapi ialah ibu dia sakit.
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
Latihan 1:
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai
 tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan m
engatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.

"Negara Malaysia memang banyak tenpat menarik untuk dikunjungi. "kata Kamariah
"Ye, saya menyokong pendapat awak. Malaysia banyak pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. "kata Samad
"Tetapi ramai rakyat Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negar Eropah. "kata Aziz dengan hairan.
"Betul tu." kata Kamariah.
"Mungkin keadaan ini berlaku kerana kurang promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri." kata Samad. Aziz pula bersetuju dengan pendapat Samad.
"Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tampatan patut memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. "kata Kamariah.
"Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri."kata Samad.
"Betul-betul..."Kamariah dengan Samad bersetuju dengan kata-kata Samad. 
Latihan 2:
Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesahendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengankerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

" Eh, hendak pergi mana tu?" tanya Mak Limah.
"Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju." kata Pak Usop.
"Makanlah nasi dulu sebelum keluar, nanti lapar pula. " cadang Mak Limah.
"Saya ingin meletakkan jawatan pemandu bas koperasi itu." kata Pak Usop.
"Nanti macam mana nak dapatkan pekerjaan baru? " tanya Mak Limah.
"Saya hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas." jelas Pak Usop.

No comments:

Post a Comment