Wednesday, 1 March 2017

Jurnal Harian(ahad)

Hari ini adalah hari yang saya paling gembira dalam minggu ini. Kenapa? Semua disebabkan hari ini Hari Ahad. Hari Ahad adalah hari yang boleh bangun lambat sikit dalam satu minggu. Kadang-kadang pada hari Ahad ibu dan ayah saya juga akan melawat saya di KPpN. Setiap kali mereka melawat, mereka membawa makanan yang sedap dan barang-barang saya meminta mereka untuk bawa. Hari ini mereka telah membawakan saya sebuah raket baru. Raket tersebut berwarna hitam, pink dan putih. Raket tersebut sangat mahal jadi saya akan menggunakan ia dengan elok-elok. Mereka juga membawa makanan untuk saya sepanjang minggu tersebut.

Selepas ibu dan ayah saya balik ke rumah, saya pun balik ke bilik untuk menyiapkan kerja dan mengemaskan bilik. Bilik saya bersepah dan baju saya belum cuci lagi. Baju sekolah saya yang perlu untuk dipakai esok pun belum cuci lagi. Doakan ia akan kering pada malam ini dan sempat untuk iron baju tersebut. =)

No comments:

Post a Comment