Seperti yang Cikgu Mior kata, benda yang lepas jangan dikenang. Saya akan memulakan jurnal balik pada hari ini. Hari ini tidak ada apa-apa untuk diceritakan tetapi hari ini ialah Hari Kerjaya. Tahun lepas tidak mempunyai Hari Kerjaya, jadi tahun ini adalah tahun pertama saya menyertai program ini. Program ini adalah untuk menyediakan kita untuk menghadapi masyarakat selepas kita bermula untuk bekerja.
Selepas ucapan Prof Noriah, Program Hari Kerjaya dimulakan dengan pengenalan diri dari Sime Darby dan Yayasan Sime Darby. Selepas itu, pada sesi seterusnya, kita pula pergi ke Bilik Gerakan Pelajar untuk menjawab Inventori Kematangan Kerjaya (IKK). Saya mendapat skor yang sederhana, iaitu 70%. Selepas kita sudah siap berbincang, saya pun tengok kertas Haresh. Haresh mendapat markah yang sama dengan saya tetapi skor subtopik yang dia dapat sangatlah extreme. Ada yang dapat 5/5, ada yang dapat 1/5.
Selepas itu, kita pun pergi ke Audi untuk mendengar satu bengkel lagi tentang temuduga. Saya tidak fokus sangat disebabkan bengkel tersebut amat bosan. KPpN juga selalu buat bengkel yang agak serupa dengan ini. Selepas itu, saya pun pergi makan tengahari. Makan tengahari hari ini agak sedap, Ayam sambal dengan telur kicap.
Setelah makan tengahari, saya pun berehat di bilik kerana pada 2.20 petang kita perlu balik ke Auditorium. Pada pukul 2.10 petang, Kak Hani menjerit di bawah asrama. Masa itu saya tidak tukar baju lagi, dengan speed yang sangat laju, saya tukar baju uniform kepada baju maroon seperti dijanji dengan kawan-kawan.
Sampai ke Auditorium, saya dengan Zil tersempak dengan Derisshmen. Kami pun minta Derisshmen untuk belanja kami. Derisshmen meragu sekejap, lepas tu keluarkan sehelai duit RM20 dan memberi kepada kita. Disebabkan rasa bersalah, kami membeli aiskrim yang berharga RM1 satu. Duit yang tinggal pula memulangkan kepada Derisshmen.
Hari ini juga satu hari yang penting. Hari ini hari jadi Adib. Di sini nak cakap sikit dengan dia, tapi rasanya dia tak tengok blog orang lain. Happy Birthday Adib, Happy Birthday ex class rep. Walaupun kau sangatlah gedik dan agak bersifat perempuan - suka emo. Tetapi aku tetap sayang kau. Walaupun kau x hensem mane pun, tapi aku akan menyokong semua decision yang kau buat. Jangan tanya kanapa, sebab kau budak K1, sebab kau ex class rep, sebab kau kawan aku, sebab tak de sebab. Kau mempunyai keupayaan untuk menjadi seorang pemimpin sebab kau berani nak buat decision, rela nak tanggung semua kesalahan. Aku juga pernah jadi class rep dan aku faham perasaan tu. Kalau kena marah, orang akan cakap kau memang sepatutnya kena sebab kau leader. Kalau dari segi kawan, ada juga orang yang x suka kau sebab kau buat benda yang mereka x suka. Jangan kisah tentang pandangan orang lain. Percaya kepada sendiri. Walaupun result akademik kau x baik mana pun, aku rasa kau boleh berjaya sehari nanti. Walaupun aku selalu je kutuk kau, tapi aku just main-main je tau. Jangan terasa, jangan sedih tau. Aku cakap apa tu jangan masuk dalam hati tau, kadang-kadang mulut aku memang x bersih mana. Happy Birthday, harap kau boleh mencapai ketinggian yang kau nak tu, harap kau boleh jumpa orang yang memang faham kau. Last-last, Thank You ex class rep =)
No comments:
Post a Comment