Saturday, 27 February 2016

NOTA PENULISAN KREATIF

NOTA PENULISAN KREATIF

SASTERA

APA ITU SASTERA?

SASTERA DARI SUDUT BAHASA

S-Seni bahasa

A-Akaliah

S-Sensitiviti

T-Tersurat dan tersirat

E-Estetika

R-Realiti

A-Alternatif


Seni Bahasa
  • Bahasa Sanskrit  iaitu"castra" yang disebut "syastra" yang membawa erti "kitab suci"
  • Satu bidang seni kreatif
  • Kesusteraan-kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah
Akaliah
  • Mengungkapkan unsur akaliah-ilmu indah sifatnya
  • Sesuatu hasil sastera merupakan perutusan,amanat,serta lontaran idea penulis untuk dikongsi bersama khalayak pembacanya.
Sensitiviti
  • Gabungan daya rasa (sensori) atau senseviti
  • Karya sastera berhasil meninggalkan kesan perasaan kepada khalayak pembacanya.
  • Mewujudkan pelbagai rasa;rasa simpati,benci,marah atau geram terhadap fenomena yang dipaparkan.
Tersurat dan tersirat
  • Pemahaman bedasarkan imej-imej atau simbol yang diungkapkan melalui unsur bahasa.
  • Wujud kepelbagaian makna;makna simbolik di sebalik kata-kata tertentu sehingga berhasil meningkatkan hasil karya itu sendiri.
Estetika
  • Nilai estetika ini relatif sifatnya.
  •  Nilai keindahan dalam karya wujud secara bersepadu dengan unsur-unsur lain.
Realiti
  • Sastera merupakan menifestasi penulisnya.
  • Fenomena  dan persoalan-persoalan yang dipaparkan dalam karya sastera merupakan realiti kehidupan masyarakat
  • Refleksi kehidupan sebenar manusia dan fenomena yang berlaku di sekitarnya yang diterjemahkan secara halus serta berhemah oleh penulisnya.
Alternatif
  • Alat pelepasan nilai rasa dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat.
  • Sastera bukan milik peribadi seniman atau penyair bahkan sastera adalah milik manusia sejagat yang menjadi asas untuk merasa dan memiliki.

BENTUK DAN GENRE KESUSTERAAN MELAYU


     1. PROSA

  • Prosa Klasik
         - Sastera Rakyat
         - Sastera Zaman Peralihan
         - Sastera Pengaruh Hindu
         - Sastera Pengaruh Islam
         - Sastera Panji
         - Sastera Sejarah 
         - Sastera Undang-undang
         - Sastera Kt. Kenegaraan
         - Sastera Saduran
         - Cerita Berbingkai 
  • Prosa Moden
        - Cerpen
        - Drama
        - Novel

      2. PUISI

  • Puisi Klasik
         - Pantun
         - Syair
         - Peribahasa
         - Talibun
         - Teromba
         - Nyayian Kanak-kanak
         - Jampi Mentera
         - Zikir, Gurindam
         - Nazam, Rubai, Ghazal
         - Seloka, Kit'ah, Masnaw
  • Puisi Moden
        - Sajak

NOTA KOMSAS : GAYA BAHASA

KOMSAS : GAYA BAHASA


1) Personafikasi :-

    - Pemberian sifat manusia kepada benda,binatang,tumbuhan,keadaan dan peristiwa.

      Contoh :- Ombak berlagu memukul pantai.

2) Asonansi :-

    - Pengulangan huruf vokal.

    - Contoh :- Menjelajah dari setiap padang.

3) Aliterasi :-

    - Pengulangan huruf konsonan.

      Contoh :- Membina bilik tempat berteduh.

4) Repitasi:-

    - Pengulangan perkataan tidak kira di hadapan,tengah atau akhir baris.

      Contoh :-  Tenaga pemuda
                       tenaga bererti.

5) Simile :-

    - Perbandingan

      Contoh :- Hidup macam dalam istana
.
6) Inversi :-

    - Penembalikan sususan kata.

      Contoh :- Sihat badan wajah berseri.

7) Anafora :-

      -Pengulangan perkataan di awal baris.

      Contoh :- Bila diikat ia berjalan
                      bila dibuka ia berhenti

8) Responsi :-

       -Pengulangan kata di tengah baris

        Contoh :- Mencipta rumah tempat berlindug
                        membina bilik tempat berteduh.

9) Epifora :-

        -Pengulangan perkataan di akhir baris.

10) Simbol :-

        - Memberi sesuatu yang mempunyai maksud tersirat sesuai dengan situasi

         Contoh simbol adalah:Ombak(lambang cabaran hidup)

11) Sinkof :-

         -Singkatan

          Contoh :- kat,tak,ni,sikit,sudah


12) Paradoks :-


         -Kenyataan yang bertentangan tetepi ada kebenarannya

          Contoh paradoks adalah:kesepian di tengah ramai

13) Jenis bahasa :-

      Contoh:Bahasa klasik,bahasa arab,bahasa inggeris,bahasa latin,bahasa istana,bahasa romantis               bahasa  puitis bahasa jawa


14) Imej alam :-

      Contoh :- rumput,bulan,padi,lautan dan laim-lain.


15) Hiperbola :-

            Meluahkan sesuatu dengan ayat yang melebih-lebih

            -Contoh:Matanya tajam menikam wajah Iskandar.

16) Lain-lain :-

             -Contoh :- Simpulan bahasa,istilah sains dan teknologi,peribahasa,kata dialek dan lain-lain.

17) Metafora :-

              -Sebagai kiasan

                 Contoh :- syurga bumi,juadah kesejahteraan,tiang muafakat dan lain-lain