LATIIHAN TATABAHASA DAN ISTILAH
1.“Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta pertandingan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.
2. Bapa saudaranya memperolehi pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dibuatnya.
3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu
lebih baik daripada seorang pemuda lagi.
4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa oleh mahkamah di atas tuduhan menggelapkan wang
syarikat tersebut.
5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjelajah ke seluruh negeri Melaka
yang dianjurkan oleh syarikat itu.
6. Beribu-ribu ayam ternakan dibunuh oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang
menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.
7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat penempatan sementara sebaik menerima arahan daripada pihak berkuasa.
8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut
begitu mengutamakan kualiti.
9. Setelah meneliti semua syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam,
akhirnya Muzammil bersetuju untuk menandatangani surat perjanjian tersebut.
10. Buku itu telah saya hantar kepada pengirimnya semalam menurut alamat yang tercatat pada bungkusan
buku tersebut.
11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang
hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya mengakhiri mesyuarat tersebut.
12. Pada hari ini, masalah pengambilan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan
penyelesaian perlu segera dilakukan.
13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih bagi menarik perhatian pelancong ke negara kita.
14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan
disenarai hitam supaya menjadi teladan kepada pengilang yang lain.
15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling memotong tanpa memikirkan tahap keselamatan diri mereka sendiri.
16. Ayah sangat gemar makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti
tepung itu.
17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu
berjaya ditangkap dan didakwa di muka pengadilan
18. Peminat bola sepak itu sedang berbincang tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.
19.Mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan gesekan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.
20.Pihak polis di negara tersebut sedang giat menjejaki segerombolan penjenayah yang dipercayai masih berada di ibu negara berkenaan.
21.Salah seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua buah tayar kereta yang dipandunya meletup.
22. Setiap pagi hari minggu, ibu akan mengejutkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.
23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi taklimat kepada kami tentang pembangunan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.
24. Mereka menempuh pelbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kemalangan.
25. Kami amat terkejut apabila mendapati bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api di kawasan landasan itu.
26. Terdapat beribu ekor rusa yang dipelihara di kawasan ternakan di Pulau Kerdas.
27. Pekerja yang mengambil cuti itu meletakkan tandatangan pada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.
28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon bimbit kerana mendapat keputusan cemerlang dalam ujian Sijil Pelajaran Malaysia.
29. Sesetengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal menjaringkan gol.
30. Pengkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak selsema burung daripada berjangkit dengan orang ramai.
31. Dengan ini dimaklumkan bahawa pertunjukan fesyen ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal.
32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari semasa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijajah lagi.
33. Rakyat disyorkan membeli barangan tempatan untuk mengurangkan penyumbangan wang ke luar negara.
34. Pasukan anggota keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada ancaman musuh.
35. Kebanyakan peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang berbelok sebelum tiba ke garisan penamat.
36. Para peserta yang menyertai pertandingan memasak tersebut akan disediakan dengan beberapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.
37. Perdana Menteri menggesa pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos rendah yang masih terbengkalai.
38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.
39. Nama julukan penyanyi yang terkenal itu ialah Mawi.
40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jahat yang dia lakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbongkar juga.
32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari semasa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijajah lagi.
33. Rakyat disyorkan membeli barangan tempatan untuk mengurangkan penyumbangan wang ke luar negara.
34. Pasukan anggota keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada ancaman musuh.
35. Kebanyakan peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang berbelok sebelum tiba ke garisan penamat.
36. Para peserta yang menyertai pertandingan memasak tersebut akan disediakan dengan beberapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.
37. Perdana Menteri menggesa pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos rendah yang masih terbengkalai.
38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.
39. Nama julukan penyanyi yang terkenal itu ialah Mawi.
40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jahat yang dia lakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbongkar juga.
41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, pihak berkuasa perlu memberi didikan yang sewajarnya pada orang ramai.
42. Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka diberikan kepada pihak pengantin perempuan.
43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu tunjukkan ialah benar setelah melihat sijil asal yang ditunjukkan.
44. Jabatan Perhilitan akan menjalankan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat berkenaan kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.
45. Para budayawan mestilah memerah otak untuk sama-sama berfikir dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita.
46.Apabila surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan perkhidmatan pos segera.
47. Ini kerana cara sebegini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempoh yang singkat.
48. Sehubungan dengan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal dibuat pada minggu hadapan.
49. Tumpuan kini adalah ke arah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari semasa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.
50. Kerajaan menyarankan agar pekilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barangan keluaran mereka.