Hari ini saya terjaga awal. Saya bangun sebelum jam loceng saya berbunyi dan saya tidak tahu sebabnya, roommate saya pun sama. Dia yang selalu bangun lambat bangun pukul 6.00 a.m. pagi ini. Walaupun saya bangun awal, saya bercuba untuk tidur balik kerana belum bersedia untuk menghadapi dunia ini lagi. Selepas berkemas, saya pun bergegas pergi ke perhimpunan kerana takut lewat. Masa itu hujan turun renyai-renyai tetapi saya basah juga.
Selepas sesi pembelajaran, pada makan tengah hari, kami lambat ke DM kerana kelas dengan kami nampak Cikgu Zaem di DS dan ada beberapa orang daripada kami ingin bertanya beliau soalan. Jadi, kami lambat turun makan. Kami dapat makanan 'special' yang saya rasa itu makanan pekerja DM disebabkan makanan sudah habis. Petang pula ada Kelas Perancis. Kelas Perancis hari ini agak bosan kerana saya tidak membawa buku nota saya sekali.
Selepas kelas Perancis adalah slot untuk mentor mentee akademik. Kumpulan kami tidak pernah mengadakan perjumpaan jadi saya pun duduk dalam kelas prep untuk siapkan kerja Bahasa Melayu. Namun begitu, saya rasa saya tetap tidak mampu menyiapkan semua kerja BM pada hari ini, saya hanya mampu untuk menulis jurnal dengan 'constant' sahaja.
Hari ini hari yang agak biasa, main-main dengan kawan-kawan, buat kerja dan lain-lain. Walaupun begitu, saya ada satu ayat yang ingin memberitahu seorang: Setiap orang berlalu benda yang lain, perjalanan awak bukanlah perjalanan yang paling susah di dunia ini, mungkin orang sebelah awak berlalu dengan benda yang lagi susah daripada awak. Jadi, kurangkanlah merungut dan carilah penyelesaiannya.
Hari ini mendapat satu berita yang agak gembira iaitu peperiksaan kami ditunda ke 14th Mac. YEAYYYYY!!!
No comments:
Post a Comment