Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Pengusaha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi
sesuka hati kepada pemborong ayam.
2. Pembinaan jambatan di kampung itu tertangguh selama berapa bulan kerana masalah bekalan
simen.
3. Junainah hanya mendiankan diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu
membesar-besarkan cerita yang dianggap remeh itu.
4. Perompak yang sangat bahaya itu berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh
pihak polis.
5. Semua pelajar di sekolah itu berwajib melibat diri dalam kegiatan kokurikulum yang
dijalankan.
6. Walaupun telah lama berada di luar Negara, sikap Daud yang keanak-anakan masih tidak
berubah.
7. Satu laporan lengkap tentang kejadian kemalangan yang terlibat bas ekspres itu diserahkan
kepada Menteri Pengangkutan.
8. Kosmetik yang diperbuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan jualan di negara ini.
9. Kedudukan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburu oleh adik-beradiknya.
10. Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam debat itu kerana pihak
pencadang gagal mengemukakan definisi tajuk perbahasan dengan tepat.
11. Beraneka jenis barang dijual di kedai yang terletak di hujung jalan itu dan harga yang
ditawarkan berpatutan juga.
12. Pelancong asing yang datang ke majlis kebudayaan itu turut dihibur oleh persembahan
tarian asli yang ditontonkan.
13. Calon perlepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan supaya
menyertakan semua salinan sijil yang telah disahkan oleh pihak sekolah.
14. Kehabisan petrol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat menamatkan
perlumbaan kerana kesuntukkan masa.
15. Petinju yang berbadan gempal itu berjaya menumbangkan pencabarnya pada pusingan
yang kelima.
16. Oleh sebab dia menghadapi masalah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran yang
diberikan oleh pegawai harta tanah itu.
17. Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradisional kerana mereka
menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik.
18. Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak
dengan gejala gengsterisme.
19. Pelepasan sekolah teknik dan vokaesional akan diberi peluang bagi menceburi diri dalam
bidang perniagaan dan industri kecil.
20. Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamerkan permainan
yang menarik dan dipenuhi semangat sukan.
21. Kanak-kanak itu bertepuk tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena
sambutan kemerdekaan tanah air selesai.
22. Selepas upacara perasmian dewan, pegawai daerah itu dibawa melawat ke bilik seminar.
23. Pendidikan prasekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun bagi tujuan mendedahi mereka pada persekitaran sosial.
24.Atlet yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerimapengimbuhan sekiranya memenangi pingat dalam acara yang disertai.
25. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa terperangkap dalam kesesakan jalan raya terutama pada waktu puncak.
26. Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal diadakan mengikutikematian ahli parlimennya pada awal minggu lepas.
27. Kami menyinggah di Restoran Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak tradisional Melayu pada minggu yang lalu.
28. Lima orang lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telahditangkap oleh pihak polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.
29. Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepadaseorang yang ingin melibatkan diri dalam lapangan perniagaan.
30. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besaran di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
31. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-manapihak yang melakukan kebakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncingkan.
32. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasakan undang-undang dari semasa ke semasa untuk mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.
33. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga maruah keluarga dengan menghindari diri daripada perbuatan yang terkaib keluarga.
34. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong-royong untukmemlebarkan jalan kerana bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.
35. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah diadakan sempena hari keputeraan baginda yang ke-52 tahun.
36. Mereka mengesali sikap pihak kontrakter yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian.
37. Untuk memastikan komputer sentiasa selamat sama ada daripada serangan virus atau daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal.
38. “Saya mempunyai kakitangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk perkhidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.
39. Dalam perhimpunan raksasa itu, Perdana Menteri telah menasihatirakyat supaya sentiasa bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.
40. Untuk membanteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah membesarkan pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan anggotanya.
41. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan termasuk acara boria yang akandipersembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.
42. Semua agensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalankankajian bagi mencari punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu.
43. Kerajaan mengubalkan sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diuruskan dengan lebih efisyen.
44. Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesen bas ekspres telah dikenalkan bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara kita.
45. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untukmenghadiahi ibu kita dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesarkan kita sehingga dewasa.
46. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa perlaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang tertimbul.
47. Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemu pusara lama berusia 3000 tahun di pinggir sungai itu telah merebak ke seluruhnegara.