Tuesday, 25 April 2017

Laporan Kem Kepimpinan Badan Beruniform



Laporan Kem Kepimpinan Badan Beruniform


     Pada minggu lepas, Kolej PERMATApintar telah mengadakan kem kepimpinan badan beruniform di Kem Sri Raudhah. Kem yang dijalankan pada hari jumaat hingga ahad, 21-23 April 2017 yang disertai oleh 364 pelajar dan 4 guru penasihat.

     Objektif kem tersebut adalah untuk mendidik pelajar untuk menjadi seorang pemimpin yang menyeluruh.

     Sebelum bertolak, Dr. Rorlinda, Naib Pengarah Kolej PERMATApintar menasihati pelajar agar berhati hati ketika di sana. Selepas beliau memberi nasihat, barulah kami bertolak ke Kem Sri Raudhah.

     Kami tiba di sana pada pukul 5 petang. Kami seterusnya mengambil wudhu' dan solat asar. Setelah habis kami solat asar, kami mendengar sedikit taklimat daripada abang Boy atau nama sebenarnya Mohd Zaki. Selepas taklimat daripada abang Boy, kami diberi peringatan oleh abg Azmi, Kem Komander. Selepas itu kami bersiap dan solat maghrib. Selepas itu kami dimarahi oleh tuan Hafiz. Kemudian kami makan dan solat isya'. Selepas itu kami berkumpul di dewan ketat. Kami diberi sedikit pengisian. Selepas itu, kami dibahagikan kepada 20 kumpulan. Kami diberi tugasan untuk mencipta logo, nama dan sorakan kumpulan. Kami dimarahi dan disuruh untuk tidur oleh abang Azmi.

      Pada hari kedua, kami bangun dan solat subuh. Selepas kami solat subuh, kami dimarahi oleh abang Azmi. Kemudian kami mendengar kuliah subuh. Selepas itu, kami melakukan senamrobik yang dipimpin oleh abang Boy. Selepas itu, kami pergi ke ruang makan untuk makan. Kemudian kami diberi taklimat oleh tuan hafiz tentang meredah hutan dan kami bergerak untuk meredah hutan dan mandi sungai. Kemudian kami dimarahi oleh abang Azmi. Selepas itu, kami bersiap dan acara pembukaan berlansung. Kemudian, kami mendengar taklimat untuk acara survival cooking. Selepas itu kami solat asar dan dimarahi tuan Hafiz. Kemudian kami mengemas dan menghidangkan makanan kami. Selepas itu kami solat maghrib dan makan. Diteruskan dengan solat isya' dan berkumpul di dewan ketat. Kami bermain permainan dan berjalan malam. Selepas itu kami dirahi dan kami tidur.

     
      Pada hari ketiga, kami bangun dan solat subuh. Selepas kami solat subuh, kami dimarahi oleh abang Azmi. Kemudian kami mendengar kuliah subuh. Selepas itu, kami melakukan senamrobik yang dipimpin oleh abang Boy. Selepas itu, kami pergi ke ruang makan untuk makan. Kemudian kami sambung aktiviti kumpulan kami. Kami membentangkan hasil kerja kami. Kemudian kami dimarahi oleh Abang Azmi dan beliau merajuk. Kami memujuk beliau. Kemudian kami makan dan solat zuhur. Akhirnya kami pulang semula ke Kolej PERMATApintar pada pukul empat.






Dilaporkan Oleh,                                                                           26 April 2017

   Hafiz
………………………………
(Muhammad Hafiz haziq)
EXCO SUKAN

Kolej PERMATApintar Negara                                                                                        

2 comments: