Wednesday, 27 April 2016

Jurnal

Selasa,29 Mac 2016

Pada hari ini,saya menjalani sesi perhimpunan seeperi biasa.Setelah tamatnya sesi perhimpunan,saya masuk ke makmal biologi kami diarahkan oleh Miss Fairuz untuk menulis di papan putih tentang apa yan kami faham berkenaan dengan animal and plant tissues.Kemudian,beliau telah mengajar kami serba sedikit mengenainya.Setelah tamatnya waktu biologi,kami pergi pula ke bilik majlis untuk mempelajari matapelajaran falsafah.Namun begitu,Dr. Sakinah memberitahu kami bahawa beliau perlu menghadiri suatu perjumpaan.kemudian,beliau mengeluarkan beberapa kotak coklat 'kinder bueno' dan memberi kami sekelas seorang satu bar.Saya berasa amat seronok kerana saya mendapat coklat yang saya sukai secara percuma.Setelah itu,kami semua menaals perut di dewan makan.Kemudian,kami pergi ke kelas muzik dan Dato' telah mengajar kami tentang not-not rekoder.Kelas seterusnya merupakan kelas agama islam.Malangnya,ustazah Suriani tidak berapa sihat dan beliau tidak dapat mengajar kami.Saya mengisi kekosongan masa tersebut dengan menyiapkan tugasan matematik yang perlu dihantar pada tengah hari ini.Setelah itu,kami dibenarkan untuk berehat selama stau jam untuk mengambil makanan tengah hari serta menunaikan solat fardu zohor bagi yang islam.Setelah itu,saya menghantar tugasan matematik yang saya telah siapkan semasa waktu agama islam tadi.Setelah itu,Cikgu Shamim telah mengajar kepada kami sekelas berkenaan dengan topik algebra.Pada mulanya,sangkaan saya topik algebra ini amatlah sukar dan berbelit-belit.Namun,setelah ianya diterangkan oleh cikgu Shamim,barulah saya mengetahui bahawa topik ini sebenarnya amatlah mudah dan ringkas.

No comments:

Post a Comment