Rabu,30 Mac 2016
Pada hari ini,kami menjalani sesi perhimpunan seperti biasa.Setelah itu,Puan Roslina telah memberitahu kami bahawa anaknya tidak sihat dan beliau tidak dapat mengajar kami.Namun begitu,beliau telah menyatakan bahawa Cik Imatul akan mengajar pada hari ini.Cik Imatul mengarah kami untuk melukis cita-cita kami dari kecil hinggalah sekang.Memandangkan saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor dan angkasawan,saya akan lukis pekerjaan tersebut beserta cit-cita saya sekarang iaitu menjadi seorang pensyarah.Selesainya kelas 'self development',kami pergi ke makmal kimia dan saya berasa sungguh gementar kerana Miss Kina memberitahu kami bahawa beliau akan melakukan 'pre-test' pada hari ini.Nasib menyebelahi saya apabila beliau mengatakan bahawa beliau sibuk dan perlu menghadiri suatu perjumpaan.Oleh sebab itu,beliau hanya memberi kepada kami latihan.Tamatnya kelas kimia,kami mengisi perut di dewan makan.setelah itu kami masuk ke kelas sejarah dan Cikgu Hafizah telah memngasingkan kami kepada empat kumpulan.Kemudian,beliau memberi kami tugasan berkumpulan.kumpulan saya perlu membentngkan persamaan ekonomi malaysia dengan ekonomi kerajaan agraria dan maritim.Setelah membincangkan berknaan tajuk itu selama satu jam,kami semua pun bergerak ke kelas bahasa inggeris.Cikgu bahasa inggeris kami iaitu Madam Norlin menyemak karangan kami satu persatu.Apabila tibanya giliran saya,Madam Norlin memperbetulkan karangan saya lebih kuat berbanding orang lain.Malunya saya pada waktu itu tidak terkata kerana satu kelas boleh mendengar apa yang diperbetulkan oleh Mdam Nlin.Perlukah beliau mengatakannya dengan begitu kuat sekali padahal orang lain tidaklah dibetulkan dengan sekuat itu?Setelah itu,kami pun berehat selama satu jam seperti kebiasaannya.Pada waktu rehat itu,saya berasa mengantuk dan saya tertidur sehinggalah jam 6.say terlepas perjumpaan kokurikulum yang pertama.
No comments:
Post a Comment