Wednesday, 27 April 2016

Jurnal


Jurnal 33 (22/4/2016 Jumaat)

Hari ini ada Kelas Perancis. Saya bangun lebih awal daripada biasa. Saya juga tidak pergi perhimpunan pagi kerana kelas tersebut. Selepas kelas Perancis, saya pergi ke kelas Matematik walaupun cikgu tidak datang hari ini. Ahli kelas saya belum sampai lagi dan rasanya mereka masih berada di dalam DS untuk perhimpunan. Pada pukul 8 pagi lebih, ahli kelas yang lain akhirnya sampai pula. Saya tanya mereka tentang perhimpunan dan Hari Terbuka Asrama esok.

Kelas ini saya membaca dan tertidur kerana letih di dalam kelas. Selepas itu ialah kelas PJK. Sama seperti biasa, cikgu tidak hadir dan kami tidak pernah sesekali pun hadiri kelas cikgu tersebut. Kawan-kawan ada yang berborak dengan kawan, bermain kerana terlalu bosan.

No comments:

Post a Comment