Friday, 29 April 2016

Jurnal

Hari ini ialah hari yang terakhir untuk tinggal di rumah. Pada petang nanti, saya akan balik ke asrama. Hari ini saya bangun pada pukul 10.00am dan turun untuk menikmati sarapan yang disediakan oleh ayah.

Selepas bersarapan, saya ingin pergi menggunting rambut tetapi Kedai tidak buka. Saya dan ibu pergi membeli barang di Giant yang berdekatan. Selepas itu, kita balik rumah untuk mandi dan membuat persiapan untuk balik ke asrama nanti. Saya juga menggunakan masa ini untuk menonton televisyen, meneman keluarga, bermain dan lain-lain untuk menikmati masa luang ini.

Pada pukul 4.30 petang, kita pun bertolak balik ke asrama sekolah. Akhirnya, pada pukul 5.30 petang, saya pun sampai di sekolah dengan selamat. Saya berharap krisis air ini akan menjadi lagi baik kerana tidak cukup air untuk mandi dan berharap agar dapat banyak lagi peluang untuk balik ke rumah untuk teman keluarga.

No comments:

Post a Comment