Saturday, 30 April 2016
jurnal
Hari ini ialah Hari Terbuka Asrama dan Hari Keusahawanan. Selepas berbincang, kawan-kawan bercadang untuk menjual gula-gula dan aiskrim. Hari ini saya bangun pukul 7 pagi. Selepas mandi, menggosok gigi, tukar baju dan menyiapkan diri, saya pergi ke Audi untuk perasmian Hari Terbuka Asrama dan Hari Keusahawanan.
Lain pada apa yang tulis dalam jadual, perasmian tersebut bermula pada pukul 9 pagi. Selepas perasmian, kami pergi ke DS untuk menyusun barang-barang yang kami akan jual. Ada beberapa kotak aiskrim yang belum sampai lagi. Saya ialah juruwang dan hanya bertugas untuk mengutip wang. Pertama sekali tidak banyak pelanggan yang melanggan tempat kami tetapi keadaan tukar baik sedikit apabila aiskrim yang lain sampai dan selepas pelanggan beli orang lain.
Selepas berjaga kedai, saya pergi main dan makan pula. Ibu dan ayah saya juga sampai untuk menyokong saya. Saya pergi ke asrama lelaki untuk menampal stiker kepada bilik yang paling bersih. Selepas itu, saya melawat Escape Room rumah sukan Sapphire kerana kawan ajak saya. Oleh sebab masuk ke dalam Escape Room tersebut mengguna masa yang agak lama, saya ingin pergi ke Fear Factor Emerald, iaitu rumah sukan sendiri dahulu. Sebelum pergi, seorang kakak suruh saya dan kawan-kawan menulis nama untuk menempah tempat. Naik ke tingkat atas, saya terjumpa Abang Wan, iaitu cikgu moral kami semasa PPCS (Program Perkhemahan Cuti Sekolah) 2015. Saya juga tulis nama di kertas yang disuruhkan untuk menempah tempat untuk Fear Factor.
Saya pergi ke DS untuk membeli makanan kerana saya belum makan. Ibu dan ayah juga membawa makanan dari luar untuk saya. Saya makan dengan berselera tetapi masa itu makanan hampir habis di DS. Selepas habis makan, ibu dan ayah pun balik untuk kerja. Saya pula pergi ke Escape Room yang tempah tadi tetapi mereka memberitahu bahawa ditangguhkan dan kami akan masuk pada pukul 1 tengah hari.
Saya naik ke tingkat atas sekali lagi untuk tengok apa yang berlaku di kelas tepi Fear Factor. Rupa-rupanya, itulah permainan rumah sukan Ruby -- Twister. Kelas tersebut agak busuk kerana ramai yang tanggalkan jasut untuk main permainan tersebut. Saya ti9dak mahu main tetapi tinggal di sana kerana ingin tengok rakan-rakan sekalian main. Selepas itu, saya juga terjumpa permainan rumah sukan Topaz yang berada di tanah kosong atas. Saya tidak pergi kerana tidak cukup duit untuk main semua permainan rumah sukan yang lain.
Pada pukul 1 tengah hari, saya pun pergi ke Kelas asasi 3 dan 4 untuk permainan Escape Room. Saya berasa agak seram apabila masuk tetapi rasanya OK sahaja. Saya ialah orang yang terakhir apabila masuk dan ditangkap ke meja lain untuk memain catur. Saya tidak reti main catur, seorang kakak suruh saya susun catur balik. Selepas dua kali tumpahkan dan susun, masa pula tamat. Kami terpaksa keluar. Selepas keluar, saya tanya kawan-kawan yang masuk dengan saya bahawa apa yang berlaku. Kami semua gelak kerana mengetahui Syamil, iaitu seorang kawan, mencampak kunci tersebut dan kunci tersebut hilang kerana kecil sangat. Kami diberitahu kumpulan yang lain semua menang tetapi hanya kami yang tidak dapat keluar dari tempat tersebut dalam masa 15 minit. Saya berasa tidak penting kerana main mestilah gembira dahulu, menang atau kalah adalah yang terakhir.
Seterusnya, saya pula naik ke Fear Factor tetapi kumpulan saya belum sampai dan saya ingin tengok apa yang berlaku dalam Fear Factor ini. Saya membatalkan tempah dan masuk ke Fear Factor. Saya boleh masuk kerana itu rumah sukan saya sendiri. Saya berasa mujur kerana tidak main Fear Factor ini. Saya juga duduk di sana untuk tolong rumah sukan sendiri. \
Pada pukul 4 petang, saya pergi ke kelas asasi 1 untuk Scrabble. Saya tidak pandai main Scrabble dan tidak pernah main Scrabble. Walaupun begitu, saya juga tetap pilih Scrabble kerana tidak pandai main yang lain juga. Saya suruh abang-abang untuk ajar saya dan mereka juga mengajar saya. Selepas itu, saya balik ke Fear Factor untuk tolong mengemaskan barang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment