Pada hari ini,syukur lah bahawa saya tidak terlajak tidur.Pada hari ini,sekali lagi kelas saya iaitu kelas 1k1 telah mengadkan perjumpaan berkenaan dengan prototaip untuk hari'hey!I'm not rubbish'.Malangnya,perjumpaan tersebut tidak memberi apa-apa makna kerana mereka hanya sibuk berbalah kerana mahu menukar cadangan yang telah dibincangkan pada hari sebelum ini.Saya mahu memberi cadangan tetapi niat saya terbantut kerana mereka sibuk berbalah dan tidak menghirukan keujudan saya.Akhirnya,saya hanya menjadi pendengar dalam sesi perbalahan ini.Selesai solat dan makan tengah hari,saya menyiapkan tugasan matematik yang baru saya terima.Pada pukul 4 petang,barulah saya menyertai semula perbincangan tersebut.Pada petang itu,kelas saya tidaklah seriuh pagi tadi kerana kami mula bekerjasama untuk menyiapkan prototaip dan video yang perlu dihantar pada tarikh 1 April.Pada pukul enam suku,kami turun secara berkumpulan untuk menikmati makan malam.Selesai menikmti makan malam,saya bersiap sedia untuk pergi ke dewan seberguna untuk menunaikan solat fardu maghrib dan isyak.Pada malam tersebut,kami mereka semula prototaip yang baru sahaja kami bincangkan pada petang tadi.Sedang saya sibuk mencipta peralatan tersebut saya dengan tidak sengaja telah tergores jari saya menggunakan gunting.Mujurlah saya tahu cara untuk memberhentikan pendarahan iaitu dengan menekan tempat luka tersebut.Setelah itu,saya membasuh luka tersebut dan jari saya tidak lagi berasa sakit.Setelah tamatnya waktu prep,saya masuk ke dalam bilik dan menyiapkan journal ini.
No comments:
Post a Comment