Wednesday, 27 April 2016

Jurnal

Isnin,28 Mac 2016

Pada hari ini,saya berpuasa sunat isnin dan syukurlah saya sempat bersahur sebelum berkumandangnya azan subuh.Pada pagi ini,Puan Aisyah iaitu penolong kanan hal ehwal akademik telah memberitah kami bahawa kami akan mengetahui keputusan peperiksaan pada minggu hadapan.ketika beliau berkata sedemikian,saya berasa amat teruja akan tetapi,pada masa yang sama saya berasa takut an risau sekiranya keputusan peperiksaan pertama saya tidak memberangsangkan.kemudian,saya masuk ke makmal biologi dan menjalani pre-test tanpa bimbingan guru.Ini kerana Miss Fairuz tersekat dalam perjalanan ke UKM.Setelah selesainya kelas biologi,kami dibenarkan untuk mengalas perut di dewan makan.Namun,pada waktu itu saya menghantar kertas pre-test tersebut di dalm bilik Miss Fairuz.Kemudian,kami pergi ke makmal kimia dan Miss Kina juga tidak dapat mengajar kami.Pada waktu itu kami melakukan kerja yang telah ditugaskan oleh Miss kina sebelum beliau pergi menyertai mesyuarat.Setelah tamatnya waktu kimia,kami pergi ke makmal komputer kerana Cikgu mior telah menyatakan kepada kami bahawa beliau tidak dapat mengajar kami kerana beliau perlu menghadiri satu mesyuarat. Hampir kesemua kelas pada hari ini tidak didatangi cikgu. Namun begitu, kami hanya sempat belajar matapelajaran fizik sahaja.Pada petang itu,kami sekelas melakunkan beberapa babak untuk dimasukkan ke dalam video yang perlu dihantar pada 31 Mei 2016.Hari ini merupakan hair yang pnas dan terik di mana ianya amatlah menguji kesabaran saya untuk berbuka puasa sebelum waktunya.Namun,saya cuba mengingatkan diri saya tentang betapa ngantuknya saya untuk bangun sahur tadi pagi.Tidak mungkinlah saya mahu berbuka sekarang apabila tinggal beberapa jam sahaja agi sebelum berkumandangnya azan maghrib.Setelah itu,saya bersiap-siap untuk berbuka puasa di dewan makan.Di dewan makan saya tiada teman.Mujurlah pada ketika itu saya terserepak dengan Cik Imatul.Beliau ialah orang yang telah menemani saya sehinggalah saya selesai berbuka puasa. 

No comments:

Post a Comment