31April 2016
Pada hari ini,saya bercadang untuk berpuasa.Saya mengikut azan subuh mengikut telefon pintar rakan sebilik saya.Setelah itu saya memberitahu ibu saya bahawa saya selesai bersahur pada pukul 6:05.Malangnya, beliau memberitahu saya bahawa subuh sebenarnya tellah bberkumandang sebelum pukul enam lagi.Saya berasa amatlah menyesal kerana terbangun lambat.Jadi,kesimpulannya saya tidak berpuasa pada hari ini.Pada pagi ini,kami menjalani sesi pembelajaran seperti biasa.Setelah selesai mengalas perut di dewan makan,kami sepatutnya pergi ke kelas agama.Malangnya,ustazah sibuk dan tidak dapt mengajar kami.Disebabkan guru matapeljaran bagi kelas seterusnya iaitu bahasa melayu juga sibuk,saya Erein Farah dan Fathimah menyiapkan tugasan kami di dalam kelas yang tidak digunakan kerana kelas prep kami di gunakan oleh Cikgu Fadzil.Waktu yang kami gunakan untuk menyiapkan tugasan yang diberi itu diisi dengan penuh keseronokan.kami menyiapkan tugasan bersama-sama sehinggalah tibanya waktu makan tengah hari.Setelah makan bersama mereka, say masuk kebilik dan menuggu azan zuhur.setelah emnunaikan solat,saya tidur dengan lenanya.Apabila saya tersedar,jam telah menunjukkan pukul 4;00 petang.Pada waktu itulah baru saya bergerk ke kelas prep kerana pada wktu itu,kami tiada sesi pembelajaran.Saya sekali lagi mengisi masa saya dengan menyiapkan tugasan yang tiada penghujungnya.Tamatnya waktu prep,saya dan rakan-rakan telah merancang beberapa aktiviti bagi rakan kami.ini kerana hari ini merupakan hari lahirnya.Dia memberitahu kepada kami bahawa hari ini merupakan hari yang tidak akan dilupakan olehnya.Pada waktu malam pulla,saya menghadiri kelas prep seperti biasa
No comments:
Post a Comment