Wednesday, 27 April 2016

Jurnal

Hari ini ialah hari Jumaat dimana hari yang paling dinanti - nantikan oleh kawan - kawan saya dan termasuklah saya. Ini kerana, pada hari keesokkannya merupakan hujung minggu dan kami boleh berehat di bilik masing - masing.

     Selain itu, antara salah satu sebab saya suka hari Jumaat adalah kerana pada hari tersebut saya hanya akan mempelajari satu subjek sahaja iaitu Matematik. Lebih – lebih lagi subjek tersebut merupakan subjek kegemaran saya.

     Di dalam kelas, Cikgu Shamim mengajar kami tentang Factorisation. Pada mulanya agak susah  bagi saya untuk memahaminya. Setelah cikgu memberi kami latihan yang banyak, kami semakin mahir menyelesaikan kehendak soalan. Saya sedar bahawa saya memerlukan banyak latihan untuk subjek Matematik kerana jika saya tidak membuat latihan, lama – kelamaan saya akan terlupa cara untuk menyelesaikannya.


     Pada waktu tengah hari, saya bersama Usrah saya dan kami membincangkan tentang sifat – sifat mahmudah dan juga sifat – sifat lawannya iaitu sifat – sifat  mazmumah. Setelah membincangkan tentang topik yang dipilih itu, barulah saya sedar bahawa kita harus berusaha untuk membuang sifat mazmumah tersebut dari diri kita.Hari ini ialah hari Jumaat dimana hari yang paling dinanti - nantikan oleh kawan - kawan saya dan termasuklah saya. Ini kerana, pada hari keesokkannya merupakan hujung minggu dan kami boleh berehat di bilik masing - masing.

     Selain itu, antara salah satu sebab saya suka hari Jumaat adalah kerana pada hari tersebut saya hanya akan mempelajari satu subjek sahaja iaitu Matematik. Lebih – lebih lagi subjek tersebut merupakan subjek kegemaran saya.

     Di dalam kelas, Cikgu Shamim mengajar kami tentang Factorisation. Pada mulanya agak susah  bagi saya untuk memahaminya. Setelah cikgu memberi kami latihan yang banyak, kami semakin mahir menyelesaikan kehendak soalan. Saya sedar bahawa saya memerlukan banyak latihan untuk subjek Matematik kerana jika saya tidak membuat latihan, lama – kelamaan saya akan terlupa cara untuk menyelesaikannya.


     Pada waktu tengah hari, saya bersama Usrah saya dan kami membincangkan tentang sifat – sifat mahmudah dan juga sifat – sifat lawannya iaitu sifat – sifat  mazmumah. Setelah membincangkan tentang topik yang dipilih itu, barulah saya sedar bahawa kita harus berusaha untuk membuang sifat mazmumah tersebut dari diri kita.

No comments:

Post a Comment