Jurnal
KEBAHAGIAAN
Semua manusia pasti inginkan kebahagiaan dalam hidup. Tetapi tidak semua mereka akan berjaya memiliki kebahagiaan yang di impikan. Adakah kebahagiaan sebenarnya terletak pada harta kekayaan, wang jutaan ringgit, pangkat dan kekuasaan, anak-anak ramai, wajah yang cantik, sawah ladang, rumah banglo, kereta mewah atau memiliki saham-saham dalam syarikat? Belum tentu harta dunia yang dimiliki ini akan menjamin kebahagiaan yang hakiki kerana ramai dikalangan manusia dari dahulu hingga sekarang jiwanya tidak tenteram dan rumah tangganya porak peranda walau pun memiliki kekayaan duniawi.Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah SWT di dalam Al Quran.Firman Allah SWT yang bermaksud : "Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Surah Al-Ra'du ayat 28).Maka, bersyukurlah atas nikmat-nikmat yang dilimpahkan ke atas diri kita dengan mengucapkan Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment