Wednesday, 27 April 2016

Jurnal

Jurnal 28 (17/4/2016 Ahad)

Hari ialah hari terakhir untuk Kem Koko. Saya berasa agak sedih kerana telah belajar dengan para-para jurulatih dan sekarang mereka akan meninggalkan kami. Pagi ini ialah ceramah. Selepas ceramah tersebut, kami pergi ke DM dan sekarang kita mengadakan sesi mengira bintang-bintang dan barang berharga setiap kumpulan.

Pada pukul 12.00 tengah hari, kami yang mewakili BSMM untuk mempersembahkan dikir barat pergi ke Audi untuk berlatih. Selepas berlatih selama sejam, kami pergi DM untuk makan tengah hari tetapi kami disuruh untuk balik ke audi pada pukul 2.30 petang. Selepas makan, saya pun balik ke bilik untuk rehat dan pada pukul 2.30 petang, saya pergi ke Audi. Saya tidak mahu bertukar baju sebelum pergi dan saya bertukar baju di tandas dalam Audi.

Persembahan kami agak bosan tetapi agak menarik juga. Selepas itu, kami mengambil gambar di luar audi. Seterusnya, kami tengok persembahan badan berunifom lain.

Selepas majlis ini berakhir, kami pergi ke Dewan Makan untuk mengambil gambar dengan jurulatih dan kawan-kawan badan berunifom serta kumpulan masing-masing. Selepas itu, semua balik ke bilik sendiri masing-masing.

No comments:

Post a Comment